Home / BERITA / WE CARE, Perihatin Kami…..

 

Kerjayaan anda bermula disini, perihatin kami dengan memberi bantuan sarahidup berjumlah RM600 bagi satu semester, menyediakan tempat pembelajaran yang conductif dengan tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing, menyediakan asrama sepanjang pengajian. Bayaran yang berpatutan, berdekatan dengan kolej serta menyediakan pengangkutan secara percuma.

Kami menyediakan tajaan pinjaman penuh PTPTN dengan memberi potongan bayaran bersesuaian dengan kelayakan dan kursus yang diikuti. Bagi anak-anak dan anggota FELDA kemudahan tajaan bayaran balik PTPTN 30% dari jumlah pinjaman yang diperolehi, tajaan FELDA.

Kolej Pacific mendapat penajaan dari Hospital-hospital swasta kepada pelajar-pelajar baru dan lama yang cemerlang dalam akademik dalam dua (2) katogari, bentuk yuran pengajian keseluruhan dan elaun sarahidup RM500 sebulan. Pelajar-pelajar yang mendapat tajaan akan terus mendapat peluang pekerjaan dihospital-hospital tersebut setelah tamat pengajian.

Bagi mereka yang berkerja disektor awam / swasta kami menyediakan kursus Diploma Psikologi selama dua tahun setengah (2 1/2) dengan kemudahan bagi mengikuti kuliah dihujung minggu, membantu mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN dengan syarat berumur 45 tahun kebawah.

Semua program yang ditawarkan  mendapat kelulusan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pengiktirafan Agenci Kelayakan Malaysia (MQA), Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

 

Share this

 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *